Sunday, November 22, 2009

SUSAH utk DITAFSIR.....

KeRna DiRiMu BeGiTu BeRhaRGa....(",)...belajar menyayangi diri sendiri sblm menyayangi org lain kerana andaikata kita dilukai tidak terlalu memeritkan kerana kita punya kekuatan rohani....

Saturday, November 21, 2009

letihnya....

hr nie kj sprti hr2 sab2 yg lain...org lain rehat kt umah tp diri nie...ermmmm mcm tu la bila mencri rezeki utk bersuap2 nasi...he6...kj xbyk sgt..customer pun kurag coz dr pg td lg hujan...tp bdn nie sakit2 jer..tersilap tido kot..ntah laaa...balik td terus solt mghrib...risau terlepas...pastu bru g mandi...yaho dh wangi...td malu nk dkt ngan kwan2...he6...dorg ajak kuar mkn kt restoran Bamboo dkt dpn tu..insyaallah.perut nie lapar la jugk..nk mkn per yer?bihun tomyam?ns goreng ikan masin?ns goreng kerabu?ns goreng paprik?ns putih + telur dadar + kailan ikan msin....semua teringin nk mkn.tp kena decide 1 jer..yg terbaik..aduh...g dulu laaa bru decide nk mkn per...sakitnye badan nie...lenguh jer, nape yer?msti dh lm x manjakan diri bersenm..cuti jer dok kt bilik...mn bdn xsakit...hu3 pas ni kena insaf la..muda2 xmau laa sakit, memalukan betul..slalunya org tua jer yg sakit urat n lenguh..nie org muda.ish3...xpatut..ok laaa achu der kj cikit nie...pasni nk solt isyak n kuar jap...

Friday, November 20, 2009

KaSiH BeRTauT

Belum pun reda tangisan adik meratapi pemergian ayah kami, aku terpaksa mengikut suamiku pulang semula ke Kuala Lumpur kerana banyak lagi urusan syarikat yang perlu dibereskan oleh suamiku itu. “ emmm dah-dah la menangis tue, sampai kering air mata pun ayah korang bukan boleh hidup balik pun… “ kata Hazimi kepada Farah dengan mimik muka yang sedikit cuak apatah lagi berhadapan dengan situasi yang dihadapi olehnya kini. Kalau tak silap perkiraan Hazimi, usia perkahwinan paksanya dengan Farah baru mencecah 2 bulan. Namun belum ada tercebis dihatinya untuk mengenali wanita itu dengan lebih dekat.Manakan tidak, semua urusan perkahwinan tersebut diatur oleh orang tuanya yang berkenan sangat dengan Farah. Kata mama, Farah seorang yang berbudi pekerti dan bersopan santun. Hazimi sendiri pun baru mengenali Farah Aina Abdul Halim saat lafaz nikah diterima olehnya. Teringat sewaktu mama dan daddy mengesyorkan Hazimi mengahwini Farah. ’’mama dah berkenan sangat dengan budak Farah tue, hidup sederhana dan berbudi bahasa pulak tu. Tak rugi kalau Haz Kahwin dengan dia. ’’ betul kata mama tue Haz, daddy tengok kalau nak dibandingkan dengan Nisda tu seribu kali ganda perbezaannya. Harap muka je yang cantik tapi perangai mengada-ngada mengalahkan anak Perdana Menteri’’ sambung Datuk Hakim. ’’ mama, daddy tolong la jangan paksa Haz buat perkara yang Haz tak suka. Lagipun Haz dah ada pilihan hati, mama jugak yang pesan jangan lukakan perasaan orang. Haz tak boleh terima dan kalau ianya berlaku juga Haz akan pastikan perempuan tu hidup merana dengan Haz dan hubungan Haz dan Nisda tak akan putus disebabkan perkahwinan ini.takpun kalau daddy dah berkenan,daddy je la yang kahwin dengan perempuan tu ” Hazimi menunjukkan wajah tidak puas hati walaupun dia seorang anak yang menurut kata tapi dalam soal jodoh dia tidak suka orang lain yang menentukannya. Selepas perkahwinannya dilangsungkan dia tidak lagi mendengar khabar daripada Nisda. Mungkin wanita kesayangan itu kecewa tapi aku akan pastikan Nisda tetap menjadi milikku untuk selamanya seperti yang telah kami janji bersama dahulu. Dan selama bergelar suami kepada wanita itu, belum pernah lagi mereka ‘bersama’ atau dalam istilah alam perkahwinan belum pernah sekali pun dia dan Farah tidur bersama. Dia akan tidur di atas katil manakala Farah di atas sofa mahupun di atas lantai walaupun mereka tidur di dalam bilik yang sama. Kalau ikutkan nafsu lelakinya apatah lagi ianya merupakan hak mutlaknya kini, mahu saja dia memaksa Farah mengikut kemahuannya tapi Hazimi tidak akan menjatuhkan keegoannya semata-mata terhadap wanita yang tidak pernah dia cinta. “ Farah bukan apa abang, Farah cuma risaukan adik-adik kat luar tue, abang kan tahu mak pun bukannya sihat sangat. Nak harapkan Abang Long pun kesian jugak kat dia..” kata Farah Aina dalam sendu. Suaminya sejak semalam lagi seakan tidak suka menjejakkan kaki ke kampungnya maklumlah orang Bandar mana nak tinggal kat kampung. Tapi kalau pun tak suka jangan la sampai ditunjukkan sangat, Pak Long dengan Mak Long pun dah mula perasan. Eeeeeiii geram betul aku, nak tegur..Hazimi bukannya orang yang boleh ditegur sesuka hati. “ aku tak nak kau cakap apa-apa tentang kita pada mak atau sesiapa saja sepupu-sepapat kau, kalau aku dapat tahu…..siap kau aku kerjakan…faham!!” berdesing telinga Farah. “ dengar ke tak atau dah pekak? dari tadi aku cakap kau buat tak tahu aje…” keras kata Hazimi. Farah mengangguk perlahan. Itulah salah satu amaran yang diberikan oleh ‘suaminya’ sebelum keluar dari bilik mereka. “ Farah, Hazimi mari la minum dulu. Mak ada buatkan minuman petang sikit sebelum kamu berdua bertolak balik. “ susah-susah je mak. Kenapa Farah tak tolong mak tadi? takut abang lari balik tinggalkan Farah ke? Usik Hazimi. Pandai pulak si Hazimi ni berlakon siap membahasakan dirinya ‘abang’ lagi. Boleh dapat anugerah pelakon terbaik nie. Gomel hati Farah dan sedaya upaya melemparkan senyuman yang ternyata dibuat-buat kepada emaknya. Belum pun sempat Farah menjawab, muncul Mak Long dan Pak Long di halaman rumah sambil membawa setandan pisang emas yang semestinya hasil daripada kebun Pak Long di hujung kampung. Farah arif sangat dengan hobi Pak Long yang suka bercucuk tanam, tak ubah seperti perangai arwah ayahnya yang turut berkongsi hobi yang sama dengan bapa saudaranya itu. “ assalamualaikum, hai langkah kaki kanan la nampaknya kita ni Jah, “ kata Pak Long sambil duduk di pangkin luar rumah sambil tersenyum ke arah aku dan Hazimi. “ dengar kata kamu berdua dah nak bertolak ke Kuala Lumpur petang nie? Tak sempat la nak singgah ke rumah Pak Long ye?’’. Aku cuba menyintai muka Hazimi di sebalik tubuh emak yang sedang menuangkan air kepada Pak Long dan Mak Long. Hemmmmm jawab jangan tak jawab, kalau aku jawab nanti dikatakan aku ni memandai-mandai pulak. “ Nampaknya macam tu la Pak Long, banyak kerja yang terpaksa saya uruskan di sana tapi insyaAllah kami akan selalu balik ke sini. Boleh la singgah ke rumah Pak Long dan Mak Long nanti” ujar Hazimi sambil tersenyum ke arahku. Pak Long mengangguk seakan berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

***********

Suasana sepi mula menyelubungi kami berdua ketika ini. Jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 10.30 malam. Burggggggg....... Alamak perut aku nie kalau ye pun lapar jangan la sampai didengar oleh orang sebelah. Malunya aku...ahhh lantak lah...perut aku bukan perut dia.... “. Kalau dah lapar kenapa tak cakap awal-awal, jalan nie mana ada orang meniaga..menyusahkan betul..” Hazimi menunjukkan rasa tidak selesa. Farah hanya mampu menyembunyikan riak wajah yang kecewa dan sedih. Usahkan bertanya lapar atau pun tidak di marah lagi ada la. Susah-susah sangat baik aku tidur. Sampai kat rumah nanti la aku makan apa yang ada dalam peti ais tu. Ada suami atau tidak sama je tak boleh diharapkan langsung. Lagi menyakitkan hati ada la.. akhirnya Farah tertidur dengan perut yang lapar tanpa sedar mereka telah sampai ke halaman rumah banglow dua tingkat yang tersergam indah.

Laaaaa tidur rupanya, kesian pulak…. mesti dia terlalu letih dan lapar. Hazimi bermonolog di dalam hati. Bukan dia tidak mahu berhenti makan tadi tapi entah syaitan mana yang menghasutnya supaya tidak mengendahkan permintaan Farah sebentar tadi. Tidak sampai hati untuk mengejutkan wanita di sisinya lalu Hazimi keluar dari kereta Toyota Viosnya dan pergi ke sebelah pintu tempat duduk penumpang hadapan. Pintu di buka perlahan-lahan supaya Farah tidak sedar dari tidurnya. Uhhhhh boleh tahan jugak beratnya perempuan ni… nampak je kurus dan ramping, berat tulang dan urat agaknya. Seumur hidup aku belum pernah lagi aku mengendong orang kecualilah anak-anak saudaranya yang masih kecil. Dengus Hazimi sambil mendaki anak-anak tangga sehingga sampai ke depan pintu bilik tidur utama. Di letakkan tubuh itu perlahan-lahan sambil membuka tudung yang melitupi rambut isterinya..haruman rambut seakan mampu menggegarkan gelora jiwanya walaupun dia sendiri agak letih kerana terlalu lama memandu. Pandangannya kini mula jatuh pada wajah ayu Farah, ulas bibirnya yang merah tanpa secalit lipstick dan alis matanya yang cantik membawa Hazimi ke dunia ciptaannya sendiri. Tak macam Nisda, pantang keluar rumah, ditouch-up mukanya mengalahkan artis. Maklumlah, anak Tan Sri. Tapi wajah itu yang dirindui Hazami. Suaranya yang manja mampu merobohkan benteng imannya. Berlainan dengan Farah, rambutnya yang panjang akan diselubung litup apabila keluar rumah. Tetapi perempuan ini tetap manis di matanya kini. Tanpa tidak disangka-sangka timbul idea nakal dibenak fikirannya. Belum pun sempat bibirnya bertemu dengan dahi isterinya, Farah mengalihkan posisi tidurnya membelakangkan Hazimi. Isssshhhh buasnya perempuan nie tidur kalahkan budak-budak. Hazimi bertambah geram kerana niatnya tadi tidak kesampaian. Padan muka kau Hazimi, ego yang kau pertahankan selama ni jatuh juga akhirnya semata-mata perempuan kampung tue…hahahaha, suara itu seakan-akan sedang mentertawakan dirinya sendiri. Ahhhhh Hazimi mula bingung sehingga dia sendiri tidak sedar bila masanya dia terlelap di sisi Farah.

***********

’’Woi perempuan....apasal kau tak kejutkan aku tadi, tengok sekarang dah pukul berapa. Huhhh melampau betul, macam la kau tak biasa wat kerja tu.. kau ingat kau sorang je penat, aku lagi penat tau dah la kena drive dari kampung kau ke sini, jauh kau tau tak. Lagi satu sebelum aku terlupa lain kali nak iron baju aku, tanya aku nak pakai baju mana dulu... nasib baik aku dah lewat kalau tak nahas kau...lain kali buat kerja tu guna otak tak tahu tanya la dulu jangan main belasah je...’’ tengking Hazami tanpa memikirkan perasaan Farah ketika itu. Air di dalam teko hampir terlepas daripada pegangannya. ’’ Farah dah kejut tadi sebelum turun, ingatkan abang dah bangun. Emmm aaaaabang tak nak minum dulu?Farah dah sediakan sarapan tadi...’’arggghh kau tak faham bahasa ke?aku dah lewat ni, lagipun sarapan kat tepi jalan tu lagi sedap daripada yang kau masak tau. Aku pun tak ada suruh kau masak untuk aku kan? Jadi lepas nie, kau masak untuk kau makan jer. Aku pergi dulu, jaga rumah baik-baik!!!! ’’ sejurus itu kedengaran enjin kereta dihidupkan dan semakin sayup kedengaran. Ya Allah, kenapalah aku boleh kahwin dan menjadi isteri kepada lelaki ini. Moga-moga suatu hari, akan ada sinar yang akan menyinari rumahtangga ini. Hanya itu yang mampu Farah lafazkan. Sedih hanya Tuhan yang tahu. Hari-hari di maki hamun seperti manusia yang tidak bermaruah, dibelai apatah lagi..jauh semanggang daripada api. Tapi dia masih lagi bersyukur kerana Hazimi tidak pernah mengasarinya secara fizikal. Kerana itu dia masih gagah bertahan untuk terus tinggal di rumah itu. Dan walaupun begitu Farah semakin hari semakin tertarik untuk mengenali dengan lebih dekat lagi tentang Hazimi.

***********

Dah 9 bulan berlalu tetapi rumahtangga ini masih tidak menunjukkan sinar kebahagiaan. Farah seakan mahu membuat keputusan untuk keluar daripada rumah kerana merasakan dirinya tidak mampu lagi menagih kasih sayang Hazami yang sememangnya untuk orang lain. Silauan lampu di garaj menunjukkan Hazami telah pulang dari pejabat. Tapi Farah masih tidak mampu bangun untuk membuka pintu, badannya terasa amat lemah..’’ hoi, buka pintu pun malas, kau ingat kau duduk dalam rumah nie sebagai tuan puteri ke? Goyang kaki siang dan malam..haaah’’ Hazami terus menuju ke kamar tidurnya. Huuuuhhh dasar perempuan kampung, dapat kahwin dengan orang berada sikit dah nak berlagak. Sempat lagi Hazami bermonolog di dalam hati. Farah pula di antara dengar atau tidak sahaja kata-kata tersebut, badannya dirasakan seperti di awangan. Kepalanya berdengut tanpa berhenti.. aduhhhh.. sedar-sedar dah pukul 7 pagi. masyaAllah, aku tertidur di sofa ini semalaman rupanya. Sampai hati Hazami tak kejutkan aku. Argggh dia dah bangun ke? Nanti aku jugak yang kena marah...Farah mengintai disebalik pintu bilik yang tak berkunci, Hazami masih nyenyak tidur di atas katil. ’’ abang, bangun la dah pukul 7 nie, nanti lewat pulak pergi kerja..’’ hish dah panggil pun tak bangun, liat betul kalau dah tidur. Bila dah lewat aku jugak yang jadi mangsa. ”emmmmm, penat la’’ Hazami tidak terus membuka mata tetapi hanya membetulkan posisi kemudian dia menyambung tidurnya kembali.’’ Abang, bangun la..Farah nak turun bawah nie”. Hazimi mula membuka mata dan tanpa sebarang kata terus mengambil tuala di ampaian lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

*********

Argggggggghhhh.....sakitnya kepala aku nie..setahu aku,migrain yang aku hidap semasa di universiti dulu dah lama tak menyerang. Apahal plak ni?. Ahh tak boleh jadi ni,lagi lama lagi menjadi-jadi sakitnya. "Zulaikha batalkan semua urusan saya hari ni ye,saya tak berapa sedap badan.ok,thanks..." arahan diberikan kepada setiausaha peribadinya melalui interkom supaya dia boleh balik berehat di rumah. Nak ke klinik jauh sekali la....aku bukannya minat nak menjamah ubat-ubat yang diberi doktor, membazir duit je, baik ambik angin kat rumah. Ehhhhh baru pukul 3.00 petang dah balik?selalunya selagi tak terbenam matahari tak nampakla batang hidung dia. Ye la nak jumpa buah hati lagi aku nie apa la sangat. mimpi apa pulak nie...dah la aku tak masak hari nie, macam hari-hari sebelum ni la jugak kalau masak pun takde yang nak makan,beli bungkus lagi senang.’’assalamualaikum...’’lemah je suara Hazimi hari nie, ditambah dengan mukanya yang pulak pucat lesi. Sakit ke?. Seperti kebiasaan aku terus mencium tangannya dan mengambil briefcase dari tangan kirinya.’’waalaikumussalam....awal abang balik hari ni..nape abang nampak lain macam jer hari nie,abang tak sihat?’’ Farah masih takut-takut untuk bertegur sapa dengan suaminya. Takut jugak mendapat habuan maki hamun seperti selalu. Pantang jer tersalah cakap, emm terpaksa la dia menadah telinga mendengar ketidakpuasan hati Hazimi. Tapi kalau di depan orang apatah lagi di hadapan keluarga mentuanya tahu pulak dia nak bermanja mesra. Heee tak faham betul aku. Ada jugak manusia seperti Mohd Hazimi Fitri Datuk Hakim di zaman serba canggih nie..’’ abang sakit kepala la, boleh Farah picitkan? Kejap pun takpe, sakit sangat nie...’’ pinta Hazimi sambil tangan kanannya memicit-micit kepala. Tapi yang aku pelik perkataan ’abang’ yang baru sebentar tadi terkeluar dari mulutnya. Pelik tapi benar, itu lah yang dapat aku katakan. Perasaan simpati mula menerjah di hati terhadap insan yang berbaring di atas sofa kini. Perlahan-lahan Farah memberanikan diri memegang lembut kepala Hazimi lantas tangan itu terus menjalankan tugas memicit. Mujur juga dia tidur , kalau tidak segan jugak aku dibuatnya. Teringat semasa arwah ayah masih ada, akulah anak ayah yang sentiasa ditugaskan untuk memicit kepala ayah. Kata ayah, terasa tenang dan lembut apabila tanganku memicit kepalanya. Air mata mula mengalir di pipi dan tanpa ku sedar menitis jatuh ke dahi suamiku. Arggghh macam mana nie, kalau dia sedar malu la aku. ’’ Farah menangis ye, kenapa nie?’’ kata Hazami sambil tangannya masih berada di dahi. Lalu dia dengan sedaya upaya bangun untuk duduk mengadap isterinya. Haaa sejak bila dia mula mengakui Farah sebagai isterinya? Entahlah tapi yang pasti dia ingin mahu benar mengetahui sebab disebalik tangisan itu. ’’emmm, tak ada apa-apa lah abang, mata Farah masuk habuk agaknya..pedih tapi sekarang dah ok pun..’’Farah cuba berdalih. ’’ Jangan la macam nie, abang tahu...abang dah banyak buat salah kat Farah sebab tu segala masalah yang Farah hadapi nak ditanggung sorang diri kan.... ’’ terharu mendengar kata-kata Hazami. ’’ abang, Farah masuk bilik dulu erk, abang jangan lupa lepas nie terus pergi mandi dan pakaian semua Farah dah letakkan di tempat biasa’’ ujarnya seraya memulakan langkah mendaki satu persatu anak tangga lalu menuju menuju ke bilik tidurnya. Hazimi hanya mampu memandang. Nampaknya dia masih belum dapat memaafkan aku, rungutnya di dalam hati. Malu dengan sikapnya selama ini yang hanya menganggap Farah seperti tiada apa-apa makna di dalam rumah itu, tetapi hari ini perasaan itu telah bertukar menjadi sayang. Takkan hanya dengan satu sentuhan dah bisa merobohkan egonya selama ini. Macam tak percaya tapi itu lah hakikatnya. Farah Aina....lalu Hazami menuju ke bilik air untuk membersihkan badan dalam keadaan yang masih lemah.

********

Hai sayang, lama tak jumpa you...mentang-mentang la dah ada isteri, you dah lupakan i ke Haz? ’’ suatu suara menyapa Hazimi ketika sedang membeli barangan dapur dengan Farah. Sambil tangan melingkari lengan Hazimi dan kini Hazimi kenal suara itu milik wanita yang dicari selama ini. ” ehh you buat apa kat sini, kan i datang dengan wife i sekarang, dia nampak nanti kan susah...’’ Hazimi mula menapak setapak ke belakang. ” hai dengan wife pun takut, kata bila dah kahwin, kita tetap macam dulu, i rindu sangat kat you...honey ” rengek Nisda. Hazimi juga begitu, sudah berbulan rasanya hidupnya tidak seceria dahulu, tidak seperti ketika bersama Nisda. Ketika itu pantang ada kelapangan, apartment milik Nisda menjadi rumah tumpangannya melepaskan penat dan lelah setelah seharian bekerja. Tetapi tidak pernah lagi mereka melakukan perkara terkutuk walaupun Nisda selalu menginginkannya. ” i tak pernah lupakan you,malah sentiasa merindui you tapi sekarang nie bukan masa yang sesuai untuk kita berbincang. I jemput you malam nie ok” ujar Hazimi, risau juga kalau Farah nampak. Lagi haru kalau dilaporkan kepada kedua orang tuanya. ” okey, honey.. janji tau malam nie” Nisda memberikan ciuman di pipi kanan Hazimi lalu pergi dari situ. ” la kat sini rupanya abang, puas Farah cari.” aaaaabang cari Farah tadi. Dah beli ke semua barang yang Farah nak? Kalau macam tu jom la kita ke kaunter bayaran” laju langkah Hazimi risau jugak kerisauan diwajahnya dapat dihidu oleh isterinya. Dah la ini merupakan kali pertama mereka keluar shopping bersama, selalunya Farah yang akan keluar sendiri. lepas hantar Farah, abang nak keluar kejap tau, ada hal berkaitan kerja-kerja di pejabat ” sekurang-kurangnya Farah tidak membuat andaian yang bukan-bukan. Lagipun dia jarang keluar malam. Dia lebih suka duduk di rumah walaupun terpaksa berdepan dengan Farah setiap masa. Malam ini pun dia keluar disebabkan buah hati yang selama ini dia tunggu muncul dengan tiba-tiba. ” pergi la abang, lagipun selama ini ke mana saja abang pergi, tak pernah pun abang beritahu pada Farah kan...” sayu suara Farah ketika itu. ” kenapa cakap macam tu, abang janji malam nie je abang keluar okey, jaga diri...” kedengaran kereta Hazimi meninggalkan garaj. Farah pelik dengan sikap Hazimi yang seakan mahu bermesra dan bermanja dengannya. Dulu bukan main lagi garangnya mengalahkan singa di dalam zoo. Tapi ’singa’ ni handsome sikit apatah lagi dengan kumis nipis yang sentiasa rapi dan kemas.

**************

Hazimi menekan loceng apartment Nisda, sekali, dua kali dan....” hai sayang, masuk la i ingatkan you tak jadi datang” lengan Hazimi dipaut erat lalu Nisda menariknya masuk ke dalam. ” ehhh i tak nak masuk, tak manis di pandang, i ni kan suami orang..i tunggu kat luar, you pergi bersiap nanti kita keluar okey...” Hazimi melangkah untuk keluar kembali darpada apartment itu. aduhhhhh...” tiba-tiba tubuh Nisda terjelopok ke lantai. Hazimi panik lalu mengangkat tubuh itu dan dibaringkan ke atas katil. Mungkin Nisda memerlukan oksigen untuk bernafas, Hazimi cuba melonggarkan pakaian yang dipakai oleh Nisda. ” Nis, bangun la.. jangan la buat i takut macam ni...’’ Hazimi merenjis air ke muka Nisda. ” emmmm, kepala i pening la Haz,” rengek Nida dengan suara yang perlahan dan manja. ” i tolong picitkan okey”. Dan kedengaran pintu diketuk dari luar apartment. Tanpa berfikir siapa gerangan di luar sana Hazimi terus membuka pintu, dan dia melihat beberapa orang yang memakai baju melayu serta berkopiah putih berada di hadapannya kini. Kami daripada jabatan agama islam menerima laporan bahawa kamu duduk bersama wanita yang bukan muhrim di dalam rumah ini. Izinkan kami masuk untuk pemeriksaan ” tegas seorang daripada pegawai terbabit. Dan yang paling Hazimi terkejut adalah Nisda yang sebelum itu terbaring lesu di atas katil dengan masih berpakaian ketika dia tinggalkan untuk membuka pintu kini berada dalam keadaan yang mengaibkan apabila hanya berselimut dengan cadar katil tanpa memakai seurat benang di badannya. ” iiiiiini salah faham tuan, tadi....” belum pun sempat Hazimi menghabiskan kata-kata, ” kamu di tangkap kerana di dapati melakukan perbuatan terkutuk ketika berdua-duaan dan tidak dapat menunjukkan dokumen nikah yang sah, sila ikut kami untuk siasatan”. Ya Allah apakah ini satu perangkap atau hukuman yang telah diberikan kepadaku kerana curang terhadap isteriku. Hazimi tunduk memandang lantai manakala Nisda tersenyum sendiri kerana rancangannya selama ini berjaya akhinya. ” haz, apa kata kita kahwin jer, habis cerita. Kita pun tak payah susah-susah nak bayar denda dan masuk penjara. Sekurang-kurangnya kita tak mendapat malu” Nisda cuba mengumpan Hazimi. No way, i tak nak kita kahwin disebabkan perkara yang tidak bermaruah ini, i masih ada harga diri dan i tahu i berada di pihak yang benar. Ini satu perangkap, dan you....i sungguh tak percaya yang you sanggup lakukan perkara terkutuk nie semata-mata nak berkahwin dengan i ” merah padam muka Hazimi menahan marah terhadap Nisda. Peristiwa minggu lepas masih subur diingatannya. Nasib baik Farah dan keluarganya tidak mengetahui apa-apa termasuk mama dan daddy kalau tidak nahas dia dikerjakan. Dah ada isteri sebaik Farah pun masih nak berfoya-foya di luar.

Abang, Farah tengok dua, tiga hari nie abang asyik termenung jer.. abang ada masalah ke?” risau juga dia melihat keadaan suaminya itu. Tapi yang penting Hazimi tidak lagi menengkingnya seperti selalu. Mesti ada perkara yang cuba di sembunykan daripada pengetahuannya tapi sebelum nie pun bukan aku tahu semua perkara yang dilakukan olehnya. ” tak ada apa-apa lah” jawab Hazimi ringkas. ” Farah, abang nak kita berpisah buat sementara waktu, bila masalah abang dah selesai kita akan bincang balik berkaitan hal kita okey tapi sebelum tue abang nak minta maaf kalau selama ni abang banyak melukakan hati Farah” Hazimi masih menatap wajah sayu Farah. ” sampai hati abang buat macam ni, Farah baru belajar untuk mengenali dan memahami abang....” sayu suara Farah. Air mata mengalir ke pipi. lepas nie abang janji tak akan akan lukakan hati Farah lagi, tapi bagi lah abang peluang untuk menilai diri abang yang sebenar. ” tapi tak boleh ke kalau Farah terus tinggal di sini menemani abang?’’. Bukan Farah yang abang maksudkan untuk tinggalkan rumah ni tapi abang yang akan keluar untuk mencari ketenangan. ” nape abang, di rumah ini dah hilang ketenangan ke?’’ Farah cuba mengorek masalah suaminya. ” Farah tak faham”. Bukan niat di hati Hazimi untuk melukakan hati Farah yang mula disayanginya tapi keadaan memaksa dia melakukan sedemikian rupa. ” Memang Farah tak faham sebab abang sendiri yang tak nak fahamkan Farah” tangisan mula kedengaran. Hazimi bingung tapi untuk mengundur diri daripada melakukan perpisahan ini dia tidak mampu kerana dia percaya hanya cara ini mampu menyelesaikan masalahnya dengan Nisda. Hazimi tidak mahu Farah dan keluarganya terjerumus sama ke dalam masalah tersebut. ’’ tapi abang nak Farah tahu satu perkara yang abang benar-benar sayangkan Farah... i really love you so much darling... but please understand....’’ kelopak mata Hazimi mula berkaca dan Farah dipandang dengan renungan yang sukar ditafsirkan. ” farah pun sayang abang sejak dari mula kita menikah lagi. Sejak tu Farah dah berazam untuk jadi isteri yang terbaik buat abang walaupun abang benci Farah’’. Hazimi menarik isterinya dekat di dadanya. Satu pelukan yang dirasakan cukup ikhlas oleh Farah yang selama ini tidak pernah dirasai olehnya. ”maafkan abang sayang...maafkan abang...izinkan abang pergi buat seketika demi kebaikan kita...”

************

Dah sebulan Hazimi pergi meninggalkannya. Sunyi dirasakan banglow mewah itu, kalau ada anak tak lah sunyi sangat. Teringat Farah tentang kedatangan mengejut mama dan daddy Hazimi dua minggu lepas. Bukan main terkejut mereka apabila diberitahu bahawa suaminya menghilangkan diri untuk menyelesaikan masalah peribadi. ”huuuuh, budak-budak sekarang, kalau ada masalah bukan tahu nak berbincang dengan orang tua...tahunya nak larikan diri”. Datuk Hakim marah betul dengan Hazimi petang tu. Katanya Hazimi sengaja mahu protes atas perkahwinan yang dirancang oleh mereka. Walhal Farah seorang budak yang baik dan berbudi pekerti. isteri sendiri pun tak diberitahunya, inikan pula pada kita abang....patutlah dah lama tak menjanguk kita, rupanya ada sebab....hishhh tak tahu la mama nak kata apa Farah, Haz dari dulu tidak suka berkongsi masalah dengan orang lain, kalau boleh nak tanggung sorang diri” giliran Datin Ainun mengeluh tentang anaknya yang sorang tu. Baik buruk pun tetap darah dagingnya.” ”Farah sabar la nak, esok lusa balik la tu, daddy akan cuba cari di mana dia berada ...” itulah kata-kata bapa mertuaku yang membuatkan aku bertambah hiba. Yang pasti aku dah anggap mereka seperti orang tuaku sendiri sementelah dengan ketiadaan arwah ayah yang baru setahu maninggalkanku.Aku mula merenung di sebelah taman mini di halamanku,tenang dan damai. ”abang, Farah rindukan abang.....” terkeluar ucapan yang tidak disangka-sangka”. ” abang pun rindukan Farah....”. farah merasakan dirinya masih di dalam khayalan. ” sayang.....” Hazimi menghampiri tubuh isterinya dari belakang. ” abang......., farah tak bermimpikan?”Farah seakan tidak percaya bahawa yang berada di hadapannya adalah suaminya yang ditunggu selama ini.” tak sayang...abang dah balik demi sayang abang sorang ni” lalu tubuh Farah dipeluknya erat seperti tidak mahu melepaskan lagi. ” kalau sayang, kenapa tinggalkan Farah..” Farah mahu jugak mengorek rahsia yang selama ini disembunyikan oleh suaminya.” Okey Farah duduk sini, biar abang terangkan semuanya..” Hazimi duduk melutut dihadapan isterinya. ” abang sebenarnya ditangkap berkhalwat dengan Nisda seminggu sebelum abang tinggalkan rumah, ....tapi itu semua satu perangkap..abang tinggalkan Farah sebab nak uruskan hal penangkapan tu la...sebab abang tahu yang abang berada di pihak yang benar dan kini abang sedar bahawa cinta abang pada Nisda dah hilang sebab hati abang dah dicuri orang...” sambil tangan Hazimi mencuit hidung mancung isterinya. Terasa sayangnya kini semakin tumpah kepada isterinya. ” Ya Allah abang, kenapa sampai jadi macam tu? Habis sekarang macam mana dengan kes tu?”. Farah masih tidak berpuas hati dengan penerang suaminya. ” kawan Nisda yang menjadi saksi malam tu mengaku di hadapan pegawai agama islam bahawa Nisda cuba perangkap abang dan semua kejadian telah dirancang olehnya. Kawannya tu telah ceritakan semua yang berlaku dari saat abang sampai di apartment Nisda sampai la Nisda mengadu sakit kepala..masa tu kawan dia ada berhampiran apartment tapi dia sembunyi diri...” Hazimi bersungguh-sungguh menerangkan kepada isterinya. Dia tak nak Farah fikir yang bukan-bukan tentang dirinya.” jadi kes abang dengan Nisda dah selesai lah ye? Betul nie...?” sambil Farah menjeling ke arah suaminya. Walaupun sedikit terguris tapi dia tetap bersyukur kerana suaminya tidak bersalah.” betul la sayang... sumpah!!!’’hazimi bangun sambil tangan kanannya diangkat seakan-akan bersumpah.” emmm kes abang dengan Nisda dah selesai, tapi kes lain tak selesai lagi tau...” wajah Hazimi muram seperti menanggung masalah yang teramat berat.” kes apa pulak abang?” Farah risau melihat wajah muram suaminya. ” kes abang dengan sayang la....banyak masa abang dengan sayang dah terbuang tau...sekarang nie nak tebus balik laaaa...” Hazimi menarik tangan Farah masuk ke dalam rumah sambil mengenyit mata. ” ishhh, apa laaa abang nie..tak malu kat jiran sebelah ke?” lucu Farah melihat karenah suaminya.” apa nak malu sayang....Farah isteri abang bukan isteri diaorang, jadi ikut suka hati abang la nak buat apa pun kat isteri abang...jom la sayang tetiba je abang rasa mengantuk petang-petang nie...” Hazimi bercakap dengan nada menggoda. Lalu mereka berpimpin tangan masuk ke dalam rumah sambil tangan Hazimi melingkari pinggang isteri tersayang. Semoga kebahagiaan terus menyinari mahligai yang semakin bersinar. Tangan ditadah memanjatkan kesyukuran kerana mengembalikan sinar kebahagian yg dulunya usang daripada kasih sayang insan bernama suami.

RINDU MENATAP WAJAHMU...

Mak n ayah...rindu laa nak blik kg..tp kena jgk tunggu hr khamis nie..sbrkan diri jer laaaa shuhada...hrp mk ayah fhm..mmg xjauh klu nk blik tp cuti hr jumaat jer...klu 2 hr ke dh lm blik...mcmn lah keadaan umah skrg..bru lpas bnjir..cian mak kena cuci umah...ayah mesti pening kepala bila pk bab kelapa sawit...hu3...xpe2...abgchik ckp dia dh tolong settle smua per yg patut.so ayah xperlu riasu k....adik pon mntk tlg dr abgchik...sikt jer....sape lg nak hbskn pulus dia kan...he6..yeaye...jumpa smua hr khmis nie...anak mnkn achu yg 4 org duk kt umah tu..dgr kata dh smkn tembam..ish2...mkn byk....xpe kechik lg nak jg bdn pon....kakak cibuk kj...tp tetp rindu nak gaduh ngan dia.ha3.....kita jumpa nnti....tunggu kepulangan ku whai insan2 tersayang..terlalu rindu menatap wajahmu....selagi ada rindu*

mangga muda....

sedapnyaaaa.....dah rasa cam mengidam lak...dh berminggu nak mkn mangga muda...cicah ngan kuah rojak..he6. hari nie tertunai jgk hajat yg 1 nie....lpas jer mkn nasi di kedai mkn dkt ngan sungai dpan umah nie....ajak shimah g kamdar...tgk kain pasng.kononnya nk wat baju laaa... der jgk yg berkenan tp kena tunggu gaji masuk dulu laaa...he6...eee geram bila masuk kedai kain..mcm nak beli smua..pastu ktorg bergerak balik.otw nak blik tu sempt lg singgah pekan rabu (mn laaa nk der tmpat lain kt cini he6)shimah beli beli kueh karas n kueh simpol,...aduh nak beli per eh td...ermm KUAH ROJAK...nyammm...sedapnye...mkn ngan buah mangga yg akan dibeli sebentar lg kt kedai buah blkg rumah..alamak!hr nie kan jumaat,buka ke x?klu x cicah jari laaa jwbnye...hu3.. ish3 sush lak nk lintas kt cini.mklmla bru pas solt jumaat...ermmm aunty tu buka laa...yahooooo...sedap2...buah2an yg segar..mintk 1 kilo jer buah mangga muda...RM3.50...cukp laa kan..kang mkn byk der yg xgi kj sok sbb sakit perut...hu3...settle...masuk jer kt umah ambik pnggan n terus basuh mangga...jap2...solat dulu bru mkn, pastu per lg potong buah dalm pnggan n makaaaaaaaaaaannnnn...aduh sedapnyer....mkn ngan shimah n makcik yg nyewa kt sini jgk...kupas 2 biji jer....last kiter jgk yg kena hbskan coz org laen dh ngaku kalah...alhamdulillah dpt jgk merasa nikmat buah mangga muda nie...syukur2...(",).mlm nie leh mkn lg..he6..mkn selagi rzki der dpn mata tapi berhenti sblm kenyang tau....

Wednesday, November 11, 2009

Shuhada.....

kadang2 kita x sedar, org g kita x peduli..terlalu sygkan kita,
kadang2 kita x sedar, kita terlampau sygkan seseorg,sedangkn dia xpedulikan kita.
dan kita x pernah sedar kita buknnya sempurna utk mendptkan insan yg betul2 sempurna dlm hidup kita...
dan kita juga bukan sesiapa utk buat org menyayangi kita mcm kita syg kt dia,sbb kta cuma mnusia biasa...